Jumaat, 25 Mei 2012

BAIT SYAIR IMAM SYAFIE MENGADU KEPADA GURUNYA..

 قَالَ اْلإِمَامُ الشَّافِعِي رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ

شَكَوْتُ إِلىَ وَكِيْعٍ سُوْءَ حِفْظِي
فَأَرْشَدَنِي إِلىَ تَرْكِ المَعَاصِيْ#

وَ أَخْبَرَنِيْ بِأَنَّ العِلْمَ نُوْرٌ
وَنُوْرُ اللهِ لاَيُهْدَى لِعَاصِي#

  1. Aku mengadu kepada Guru tentang masalah kesulitan menghafal.
    Dan Beliau pun menganjurkanku untuk senantiasa meninggalkan maksiat.

  2. Beliau juga menasihati bahwa, ilmu itu adalah anugerah 'cahaya' nikmat dari Allah.
    Dan 'cahaya' karunia nikmat Allah takkan bisa tercurah kepada seseorang yang masih suka bermaksiat.

Rabu, 19 Oktober 2011

KEPERITAN MENGAJARKU KETABAHAN...

"kenapa ni kak??"sapaan aisyah menghanyutkan lamunanku seketika."xde apela dik..,nape adik tak tidur lagi ni??kan da lewat malam ni""tadi adik terjage sebab sejuk sangat pastu tengok akak takde dalam bilik,tu yang cari akak.""ooo..maafla dik,akak tak boleh lelapkan mata lagi ni,tak tau kenape..""akak teringat pasal natijah ke kak??sabarla kak..mungkin ALLAH sayangkan akak,tu yang bagi akak ujian untuk akak lagi tabah dan kuat hadapi masa akan datang..""ntah la dik..kadang2 akak fikir ALLAH ni macam tak adil pulak.akak da usaha sekuatnya tapi masih tak bagi apa yang akak harapkan.akak ni jahat sangat ke sampai tak boleh capai apa yang akak nak??"akak..tak baik salahkan ALLAH .ape yang DIA bagi semua yang terbaik buat diri kita.hanya kita sahaja yang tak pernah nak rase syukur setiap yang di berikan..ok..akak nak dengar 1 cite tak??"aku berfikir sejenak.aku memang tak pernah syukur ke apa yang ALLAH bagi selama ni??"astaghfirullahal azim...banyaknya salah akak.ok dik..ape cite yang adik nak bagitau akak tadi??""macamni cite die..ada sorang orang bukan islam ni..tapi adik lupa la nama die..die pencipta lampu yang sekarang kita guna ni.akak tau tak..die cuba banyak kali untuk cipta lampu tapi masih tak berjaya.dan pada ke 1001 kalibarulah die berjaya buat..lepastu pemberita tanya soalan dekat die..'tuan..apakah perasaan tuan selepas gagal 1000 kali baru berjaya membuatnya??'akak tau apa jawapan tuan tu??"siayah bertanya kepada diriku yang masih setia mendengar ceritanya.."ala..bagitau je la dik..tak payah la tanye2 da..""hehe..apela akak ni..bile kusyuk sangat dengar sampai tak boleh nak tanye sikit.."aisyah memandangku dengan senyuman.."tuan tu jawab,siapa kata aku gagal??aku cuma perlukan 1000 percubaan untuk berjaya bukan aku gagal..hebatnya orang tu fikir kak..sedangkan orang tu bukan islam kak.macam mana kita yang islam ni boleh fikir negatif apa yang ALLAH da aturkan untuk kita??kak..jangan cepat berfikir negatif..ALLAH tu ada benda yang lain nak bagi akak kak.mana akak tau lepas ni akak akan jadi lebih faqih dalam bidang ni ke.rezki ALLAH untuk akak masih ada kak.ALLAH takkan menganiaya hambanya kak.percayala cakap adik ni kak.akak boleh laluinya.akak adik kuat."
 "hai khaulah..kuat termenung.ingatkan sape tu??cik abang di perantauan ea??"lamunanku terhenti apabila di sapa syima.aku tersenyum."hehe..kau ni syima,kalau tak buat aku terkejut tak boleh ke??suke sangat kacau aku tengah layan blues ni taw.."
syima sememangnya sahabat yang baik dan tak lekang dari senyuman.tak lupa juga dia suka sangat menghiburkan hati orang lain.kadang-kadang aku terfikir juga dia tu macam tak pernah ada masalahje.
 "ha!tengok tu sambung lagi mengelamun..udah2 la mengelamun tu cik adik oi..nanti lame2 jadi ikan termenung lak kawan aku sorang ni..hehe"usik syima."ish..kau ni.ade lak sampai jadi ikan termenung.aku teringatkan telatah kau la.suke sangat kacau orang.selagi orang tak bagi respon tu selagi tu la kau kacau..sampai la orang tu geram kat kau.."balasku sambil menghadiahkan senyuman yang paling istimewa buat sahabtku yang tersayang.."hehe mane ade camtu..aku ni tak suke la tengok orang menung2 ni.be happy la kate omputih tu..hehehe""ish..ade2 je kau ni tau..ni ade ape cari aku ni??"soalku."ops!!lupe lak..nak ajak makan sebenarnye.hehe sian dorang da tunggu lama.tula layan blues kau sangat tadi.hehe"tak habis-habis dengan usikannya.
                         ************************************************                           
 angin sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan jiwa."subhanallah..cantik sungguh anugerah ALLAH ini.."detik hatiku.Dah setahun berlalu rasa macam baru semalam aku pulang dari mesir.Rindunye aku dengan keadaan bising di mesir.Alhamdulillah aku masih boleh berjaya menggenggam sebuah ijazah walaupon ianya banyak ujiaan yang perlu ku tempuhi.walaupon aku keseorangan di tinggal teman-teman seperjuangan yang seangkatan denganku.masa tu hanya ALLAH saja yang tahu betapa peritnye hati ini menanggung segalanya.YA ALLAH...rupanya aku masih di beri peluang untuk merasai nikmat kejayaan.dan kini aku masih merindui saat ujian itu terjadi.Ujian mgajarku erti ketabahan.Dengan ujiaan juga aku mampu memiliki sagala yangku kecapi sekarang ini.kerna kisah seorang yang bukan beragama islam itu aku terjaga dari lenaku.aku bersyukur kerna KAU masih memberiku peluang.Terima kasih YA ALLAH..

Jumaat, 14 Oktober 2011

KENAPA PEREMPUAN/WANITA SERING ATAW SELALU MENANGIS???

Memang tidak dapat dinafikan yang perempuan memang lebih emosi dan tersentuh. Tetapi lelaki korang tahu kenapa mereka begitu emosi dan juga mempu membuat mereka menangis? Mari kita baca sama-sama sedikit cerita tentang perkara ini. 
Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.


Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:


"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.


"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Rabu, 12 Oktober 2011

SAHABAT...

sahabat...kehadiranmu menceriakan diriku...andai aku lumpuh di tengah jalan,engkaulah orang yang pertama memberi pertolongan kepadaku..andai diriku di sakiti..kau pendamping yang setia untuk memberi penawar yang amat berharga..andai langkahku kaku menghadapi sesuatu...kaulah yang membantuku untuk teruskan langkahan menuju kejayaan...andai aku rebah tak berdaya engkau jualah yang memautku untuk terus berjuang...kaulah sahabatku dunia dan akhirat... 
kini...kau tiada di sisiku sahabat..bagaimana aku hendak menempuhi segalanya seorang diri??dimana dikau sahabatku yang tercinta??mengapa dikau berjauhan dengan diriku??apa salahku pada dirimu wahai sahabatku??sekian lama ikhuwah yang kita bina terjalin dengan begitu manis sekali,mengapa dikau pergi begitu sahaja??aku memerlukan mu wahai sahabat yang dikasihi...
 mengapa kau berubah??mengapa?apa salahku sahabat?jika diriku benar2 bersalah terhadapmu aku memohon kemaafan yang teramat sangat tapi 1 pintaku...tolonglah kembali pada diriku kembali sahabat...aku merindui manisnya ukhuwah yang terlakar diantara kita...
 

Rabu, 26 Januari 2011

Aku merinduimu...



Aku Merinduimu

Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju



Aku merinduimu...kalam itu lah yang sering bermain di fikiran apabila duduk di perantauan..=)
rindukan siapa??
ya...sudah pastinya kekasih hati yang dari dulu tak pernah jemu dan lekang untuk membesar dan mendidik anakmu ini sehinggalah sekarang...
ummi...abuya...anakmu di sini sentiasa merindui kalian walau anakmu ini seringkali menyakiti hatimu...
doakan kejayaan anakmu di perantauan ini...
INSYA ALLAH akan ku genggam segulung kejayaan buatmu...
 

Selasa, 4 Januari 2011

Beberapa tips sebelum menjelang imtihan....

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah men
capai kejayaan.

Sabtu, 1 Januari 2011

BEGINIKAH PERMULAAN TAHUN BARU???

1 Jan. -  21 orang maut apabila sebuah kereta meletup di luar gereja Coptic Orthodox di utara bandar raya Iskandariah ketika penganut Kristian sedang berkumpul bagi menyambut Tahun Baru, malam tadi.
Kementerian Dalam Negeri Mesir sebelum itu berkata, seramai 24 orang turut mengalami kecederaan dalam letupan yang menyebabkan beratus-ratus penganut Kristian berkumpul di jalan-jalan raya bagi mengadakan bantahan.
Beberapa penganut Kristian dan penduduk Islam dilihat membaling batu ke arah satu sama lain, kata seorang saksi.
Kereta-kereta turut dibakar.
Di Mesir, 10 peratus daripada 79 juta penduduknya ialah penganut Kristian.
Mesir telah meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar gereja-gereja dan melarang kenderaan diletakkan berhampiran kawasan gereja selepas sebuah kumpulan rangkaian al-Qaeda di Iraq mengeluarkan ugutan pada November lalu.
Kumpulan rangkaian al-Qaeda, Islamic State of Iraq yang mengaku bertanggungjawab menyerang sebuah gereja di Baghdad pada November lalu, mengugut gereja Mesir berhubung layanannya ke atas wanita Kristian yang memeluk Islam.
"Ini merupakan satu situasi seperti di Baghdad," kata seorang saksi kepada Reuters.
Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan pembantah yang mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya.
Ambulans juga dikejarkan ke tempat kejadian di mana petugas perubatan mengumpulkan anggota badan mangsa letupan yang bertaburan di kawasan tersebut.